Kepentingan Bahasa Inggeris

Posted: September 30, 2015 in Uncategorized

Kepentingan Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pendidikan.

…………Menjelang tahun 2003, bahasa Inggeris telah mula digunakan dalam pendidikan di Malaysia. Sistem ini dimulakan apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar untuk mata pelajaran sains dan matematik. Pelaksanaannya dijalankan secara berperingkat-peringkat yang dimulakan kepada pelajar tahun 1 serta pelajar tingkatan 1. Beberapa tahun kemudian, semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah telah menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pendidikan sains dan matematik. Biarpun program ini diliputi dengan pelbagai kontravesi namun tindakan kerajaan melaksanakan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan memberi pelbagai kebaikan.

…………Antara faedah menguasai bahasa Inggeris dalam pendidikan adalah bagi membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran yang kebanyakannya bersumberkan bahasa Inggeris. Sebagai contohnya, memandangkan beberapa mata pelajaran penting seperti sains, matematik, teknologi maklumat dan sebagainya menggunakan bahasa Inggeris maka kegagalan pelajar menguasai bahasa ini akan melemahkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang disebutkan tadi. Pepatah Melayu pernah menyebut, “kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya”. Begitulah juga halnya, jika penggunaan bahasa Inggeris tidak dimulai dari sekarang, selagi itulah para pelajar akan ketinggalan dalam mata pelajaran tersebut. Justeru, penggunaan bahasa Inggeris adalah amat perlu dikuasai agar para pelajar dapat memperoleh ilmu npengetahuan yang kebanyakannya hanya dapat diperoleh melalui kemahiran berbahasa Inggeris.

…………Selain itu, bahasa Inggeris juga penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif pendidikan yang ingin melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global. Penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dari sekolah mampu melahirkan individu yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar Negara atau membawa misi negara di luar negara. Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya, pendidikan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan masyarakat lain di seluruh dunia.

…………Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan juga penting kerana dengan penguasaan bahasa tersebut para pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan baik dapat berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di luar Negara. Memandangkan bahasa Inggeris telah diterima sebagai bahasa antarabangsa, kebanyakan universiti teragung di seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Jika seseorang pelajar dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik maka peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara adalah lebih cerah. Sebagai contohnya, institusi pendidikan swasta seperti kebanyakan institusi pendidikan swasta di negara kita juga telah mengimplementasi penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar mereka di institusi pendidikan tinggi swasta. Oleh yang demikian, para pelajar yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan tinggi perlulah menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

…………Pada masa yang sama, penggunaan bahasa Inggeris juga penting kepada para pelajar bagi tujuan mendapatkan pekerjaan pada masa depan. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Oleh itu, lepasan sekolah atau universiti yang mahir berbahasa Inggeris lebih mudah mendapat pekerjaan berbanding dengan mereka yang kurang menguasai bahasa Inggeris. Tambahan pula, mereka yang mahir berbahasa Inggeris lebih diminati oleh majikan dari syarikat-syarikat besar yang biasanya menawarkan pendapatan lebih lumayan. Jelasnya, bahasa Inggeris amat penting dipelajari di sekolah demi memanfaatkan pelajar bagi tujuan membina kerjaya pada masa yang akan datang.

______Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara, mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.

______Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau pada peringkat antara bangsa. Namun begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa Inggeris ini digunakan oleh masyarakat antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara amat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita mengagungkan bahasa Inggeris umpama kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”.

..
..
Advertisements

Like im gonna lose you (cover)

Posted: September 17, 2015 in Uncategorized

Video  —  Posted: September 23, 2013 in Uncategorized

Jangan, Jangan, Jangan

Posted: September 17, 2013 in Uncategorized

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas di tempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Wassalam

“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW)

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia
telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)

Keunikan Jari Jemari

Posted: September 17, 2013 in Uncategorized

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

     Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah > fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah…naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak “hantu-hantu pengacau” yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan. Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa “cap jempol” atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata “good” atau “yes” sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

 

Seseorang wanita itu apabila di yaumal akhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Na’uzubillah! Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggungjawab yang kita pikul!

Pertama: Ayahnya 
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri, walaupun dia seorang alim etc solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya 
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya, Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

Keempat: Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

Firman ALLAH SWT:-
“HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLI MU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU…”

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh dan dengan ikhlas.

Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada

 

Aside  —  Posted: September 17, 2013 in Uncategorized

Tujuh Keajaiban Dunia

Posted: September 17, 2013 in Uncategorized

Sekelompok siswa-siswi kelas geografi sedang mempelajari “Tujuh Keajaiban Dunia.” Pada awal pelajaran, mereka diminta untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan “Tujuh Keajaiban Dunia” ketika ini. Walaupun ada beberapa ketidak-sesuaian, sebahagian besar senarai diperolehi: 

1) Piramida
2) Taj Mahal
3) Tembok Besar Cina
4) Menara Pisa
5) Kuil Angkor
6) Menara Eiffel
7) Kuil Parthenon

     Ketika mengumpulkan senarai pilihan, pensyarah memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, pensyarah bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran membuat senarainya. Gadis pendiam itu menjawab, “Ya, sedikit. Saya tidak dapat memilih kerana sangat banyak.” Si Pensyarah berkata, “Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami dapat membantu memilihnya.” Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, “Saya fikir, “Tujuh Keajaiban Dunia” adalah,

1) Dapat melihat,
2) Dapat mendengar,
3) Dapat menyentuh,
4) Dapat menyayangi,

Dia ragu sebentar, dan kemudian melanjutkan,

5) Dapat merasakan,
6) Dapat tertawa,
7) Dan, Dapat mencintai

     Ruang kuliah tersebut sunyi seketika. Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya “keajaiban”. Sementara kita lihat semua yang telah Tuhan kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai “biasa”. 

     Semoga anda hari ini diingatkan tentang segalanya yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

Tujuh Kalimat

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut. Mengucap Basmallah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lamat-lamat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa karena sudah biasa

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah

Assalamualaikum warahmatullah,

Semoga boleh dimanfaatkan

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila
cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu
perbaikilah bacaannya dengan ilmu 
tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak
malah kita menyebut nama syaitan di dalam
solat kita.Berikut diperturunkan nama syaitan
laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya
kita tidak berhati-hati.

Nama syaitan; 

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)
sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya.
Iya bermaksud ‘matahari’ Dalam ayat ke 5, jika
salah bacaannya akan bermaksud “kepada 
mataharilah yang kami sembah dan kepada
matahari kami meminta pertolongan”!!!!
SIROTHOLLAZI…………. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ……………hendaklah mengaminkan Al-Fatihah
dengan betul iaitu AA ……dua harakat, MIN …. 3
harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan
Amin malaikat ….. Insya-Allah. semoga kita
menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian;

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah.

wassalam.

Pada suatu subuh sepi Nabi terasa sakit kepalanya, tapi dirinya cekal, ke masjid Baginda tuju, di hadapn berdirinya, dan dalam khutbah terlalu sederhana, percikan kata-kata mutiara, irama hati yang sukar dilupakan, Baginda merestui dan memuji pejuang-pejuang di Uhud. Tapi, sakit terasa bertambah, disembunyikan letihnya, dan pulanglah Nabi ke kediaman Maimunah, di situ, sedang rehatnya damai, demamnya memuncak, tapi sedikit reda, Nabi meminta dihantar ke rumah ‘Aisyah. Damai di bilik, selesa di katil, Baginda sesekali berkata betapa sakitnya. Amat dikenal ragam Nabi, ‘Aisyah tahu resam suaminya, kini memang Nabi sedang sakit, tapi selain kata yang terkadang letih, sakit dan sihat disilih ganti, Nabi tak ingin isterinya gusar, ‘Aisyah amat mengerti. Dan tibalah saat yang lemah, kepala Nabi di pangkuan isterinya, berkata-kata mereka tentang peribadi, berjenaka mesra, Nabi luar biasa, dan sakit itu tetap menjelma. Dan pada detik lain, teringat ‘Aisyah betapa kata Fatimah, ayahnya menceritakan tentang akhirat, yakin dan tenang, dengan bisik dan geletar, sukar diterka sakit atau harunya Baginda. Khabar pedih tentang Nabi mengocakkan pasukan ke Palestin, dan Usamah, sayang terlalu ke hati, pulang tergesa melawat Nabi di rumah ‘Aisyah. Alam sudah amat luar biasa, hampir setimpal dengan sayang Usamah, dan, Rasulullah s.a.w., berbaring dalam tenang, tidak terakam wajah sesiapa, tidak juga dapat berkata-kata. Hanya tangan diangkat, beralas tangan Baginda dengan Usamah, doa dan restunya tidak terhingga, dikata tanpa bahasa lidah, diucap dari gerak tangan lemah. Dalam detik lain, setelah diminumkan ubat, bertanya Baginda kali pertama, tentangnya. Masih khalayak di keliling katil, ‘Aisyah paling hampir dipanggil, dan, dalam bisik, ditanyakan ke mana milik delapan dinarnya, dan dengan tegas, dipinta supaya disedekah. Malam menjadi lebih bertanya, awan yang ghaib dipercaya ada, langit masih penuh rahsia, dan unggas yang lena diyakin wujud. Malam lanjut dengan resah, nafas nabi seperti teriring, dan khalayak ketar dan pilu, bauran yang ganjil dalam syahdu. Dan seperti tenang nampaknya Nabi, suhu badan seperti berkurang, berkat ubat dari Asma’, dan Nabi, seperti biasa, pinta ke masjid dirinya. Dipapah baginda yang lemah, Ali bin Abu Talib amat berhati-hati, dan Fadhl bin al-Abbas sungguh berjaga, dan selamat mereka ke masjid; dan Abu Bakar sedang mengimami solat, dan berundur ia selangkah, perlahan yang sopan, tapi, Nabi dalam lemah yang syahdu, emnyuruhnya meneruskan ibadah. segala diperhatikan Usamah, dan setelah amat yakin ia seperti telah sembuh Baginda, diminta pulang ke Palestin. Dan Nabi membenar semua kembali bertugas seperti biasa, sementara, dan rahsia, mengerti dan tahu, dikenang dan dikira, bakal akhir hayatnya. Hari panas ketika itu, mentari mempunyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia. Hari panas ketika itu, alam mempunyai ceritanya sendiri, dan gurun masih penuh rahsia. Nabi meminta bejana air, diseluk ke air dan diusap wajahnya, nerkata tenang datangnya ajal dan rela. Di pangkuan isteri kepalanya, berkata ia sukar diterka, dan tengah hari Rabiulawal tahun 11 hijrah Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya. Hari panas ketika itu, mentari mempunyai kisahnya sendiri, dan langit masih penuh rahsia. Hari panas ketika itu, aduh Nabi sudah tiada.

PENGENALAN CAKERA PADAT

Posted: September 17, 2013 in Uncategorized

Cakera padat merupakan cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dicipta bagi menyimpan bunyi digital. Ia juga merupakan antara media yang paling popular digunakan bagi tujuan penyimpanan data sama ada buat sementara waktu mahupun bagi tujuan simpanan secara kekal. Umumnya cakera padat merupakan pilihan utama yang digunakan bagi menyebarkan data dalam pelbagai bentuk. Penggunaan teknologi cakera padat semakin mendapat perhatian seiring dengan perkembangan teknologi multimedia. Ini kerana penyimpanan data atau pengedaran data dalam bentuk multimedia biasanya memerlukan ruang storan ataupun ruang simpanan yang agak besar. Pada peringkat awal kemunculannya, sesebuah cakera padat hanya mampu menyimpan data sehingga 650 MB. Namun kini, cakera padat mampu menyimpan data 800 MB.

Cakera padat diperbuat daripada plastik polikarbonat setebal 1.2 mm yang telah dilapisi dengan lapisan aluminium tulin yang sangat nipis berwarna emas, digunakan bagi ketahanan data, (seperti edisi terhad CD audiophile) yang dilindung oleh lapisan lacquer. Lacquer boleh dicetak dengan label. Kaedah cetakan biasa bagi cakera adalah skrinsutera dan cetakan offset. CD tersedia dalam dua saiz. yang paling biasa adalah 120 mm diameter, dengan keupayaan audio 74-minute dan 650-MB data (See storage capacity; faktor bentuk ini juga sering disalah anggap dikenali sebagai “CD5” kerana ia sekitar lima inci keratan rentas). Cakera piwaian sedemikian seberat 15 gram. Ia turut tersedia sebagai cakera 80-mm, format yang kebanyakannya digunakan bagi CD bunyi tunggal dalam beberapa kawasan (contoh. Jepun), sama seperti piring hitam tunggal lama. Setiap “CDmini” atau “CD Maxi” sedemikian mampu menyimpan 21 minit muzik, atau 180 MB data (faktor ini turut dikenali sebagai “CD3”, kerana ia sekitar tiga inci keratan lintas). Bentuk unik lain dan lebih kecil dari biasa sering dijual atau diberikan sebagai bahan promosi. Contoh, termasuk CD kad business dalam bentuk kad segiempat, CD berbentuk peta negara, dll.
Terdapat lubang sebesar 15mm di tengah-tengah cakera, yang biasanya akan digunakan oleh sejenis pengapit atau pemegang cakera yang terdapat di dalam pemain cakera untuk memegang cakera ditempatnya dan membolehkan cakera tersebut diputar oleh motor. Diameter lubang tersebut adalah lebih kurang sama dengan ukuran duit syiling 10 sen Belanda. Para jurutera Philips pada masa itu menggunakan syiling tersebut untuk menentukan saiz lubang itu, dan syiling muat ke dalam lubang cakera dengan tepat sekali.
Maklumat pada CD piwaian dikod sebagai landasan berlubang – (pit) berpilin yang diacu pada lapisan polikarbon (polycarbonate) (Kawasan antara lubang dikenali sebagai darat). Setiap lubang sedalam sekitar 125 nm dengan keluasan 500 nm, dan berbeza antara 850 nm hingga 3.5 μm panjang. Ruang antara landasan adalah seluas 1.6 μm. Untuk membayangkan skala lubang dan darat pada CD, sekiranya cakera diperbesarkan pada saiz stadium, lubang itu adalah sebesar sebiji pasir. Pilin bermula dari pusat cakera dan bergerak ketepi, yang membenarkan pelbagai saiz format tersedia.
CD dibaca dengan memusat laser semikonduktor jarak gelombang 780 nm melalui bawah lapisan polikarbon. Perbezaan jarak antara lubang dan darat adalah satu per enam jarak gelombang cahaya laser, mendorong kepada perbezaan satu per tiga jarak gelombang fasa antara cahaya yang dipantulkan daripada lubang dan daripada darat sekitarnya. Yang keenam, 125 nm, (dan bukannya suku) jarak gelombang dipilih sebagai tolak ansur yang baik antara isyarat jejak radial tolak-tarik dan isyarat bacaan-luar aperture penuh. Ganguan mengurangkan kekuatan cahaya dipantul dibandingkan dengan apabila laser dipantulkan oleh hanya darat. Dengan mengukur kekuatan ini dengan fotodiod, data boleh dibaca dari cakera. Lubang dan darat itu sendiri tidak mewakili sifar dan satu data binari. Sebaliknya perbezaan antara lubang dan darat atau darat ke lubang mewakili satu, sementara tiada perubahan menunjukkan sifar. Ini seterusnya dinyahkod dengan menbalikkan modulasi lapan ke empatbelas yang digunakan bagi menghasilkan cakera utara, akhirnya mendedahkan data kasar tersimpan dalam cakera.
Cakera 74-minit (650MB) mempunyai sekitar 333,000 sektor sementara cakera 80 minit (700MB) mempunyai sekitar 360,000 sektor membenarkan simpanan lebih besar. Versi 90 dan 99 minit mengikut tambahan logik yang sama menyumbat lebih banyak sektor tetapi mengurangkan daya harap sepanjang pemancu. Lubang lebih dekat pada sebelah label cakera, dengan itu kecacatan dan kekotoran pada sebelah jernih boleh diherot semasa dimainkan. Dengan itu cakera lebih mudah dirosakkan dengan mencalar sebelah label, sementara calar disebelah jernih boleh dibaiki dengan mengisi calar dengan plastik yang mempunyai index pantulan (index of refraction) yang sama.

2.0) Sejarah penciptaan Cakera Padat.
Cakera padat yang dikenali sebagai compact disc atau CD dalam bahasa inggeris,adalah cakera optik yang digunakan bagi menyimpan data digital yang pada asalnya dibangunkan bagi menyimpan bunyi digital. CD yang dijual di pasaran pada lewat tahun 1982 masih merupakan media fizikal iaitu piawai untuk perakaman audio komersil sehingga tahun 2007. Sebuah CD audio terdiri daripada satu atau lebih runut stereo yang disimpan menggunakan pengekodan PCM 16-bit pada kadar pensampelan sebanyak 44.1 kHz. CD piawai mempunyai diameter sebanyak 120 mm dan boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 80 minit (bergantung kepada apa yang dirakamkan). Terdapat juga cakera padat 80 mm yang kadang-kala digunakan untuk CD single yang boleh menyimpan audio sebanyak lebih kurang 20 minit.
Pada tahun 1979, Philips dan Sony menubuhkan sebuah pasukan petugas jurutera bersama untuk mereka bentuk cakera audio digital yang baru. Ahli-ahli terkenalnya termasuk Joop Sinjou, Kees Immink, dan Toshi tada Doi. Selepas setahun pengujikajian dan perbincangan, pasukan petugas itu menerbitkan “Buku Merah”, piawai cakera padat. Philips menyumbangkan proses pengilangan am, berdasarkan teknologi LaserDisc video, serta Pemodulatan Lapan-hingga-Empat Belas (EFM) yang menawarkan kedua-dua tempoh main yang panjang serta kebingkasan yang tinggi terhadap kerosakan pengelolaan cakera, seperti cakar dan cap jari. Sony pula menyumbangkan Pengekodan Reed-Solomon Antara Lembaran Silang (CIRC), kaedah pembetulan ralat. Menurut Philips, Cakera padat “direka bersama-sama oleh sekumpulan besar yang bekerja sebagai sebuah pasukan”. [2]
Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lain. Cakera-cakera padat pertama yang dijual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS/Sony. Peristiwa ini sering diperlihatkan sebagai “Letupan Besar” revolusi audio digital. Cakera audio yang baru ini mendapat tarikan yang menggalakkan dan diterima oleh komuniti-komuniti muzik klasik dan audiofil, dengan mutu pengelolaannya diberikan sanjungan yang tinggi. Ketika harga pemain CD turun dengan pantas, cakera padat mula menjadi popular di pasaran-pasaran muzik pop dan muzik rock yang lebih besar.
Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan sebagai suatu media storan data. Ianya hanya dianggap sebagai konsep ‘fail audio’, serta penggunaan umum untuk sebarang fail data. Ia juga pada asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telah berkembang maju penciptaannya untuk merangkumi pelbagai penggunaan yang lain. Sony dan Philips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990.

3.0) Jenis-jenis dan fungsi Cakera Padat.
Pada era globalisasi kini, terdapat pelbagai format cakera padat yang boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan data di dalam cakera padat. Antara jenis-jenis format cakera padat yang utama ialah :
– CD-ROM – DVD
– CD-R – Pemacu cakera padat
– CD-RW – Perakam Cakera Padat

3.01). CD-ROM ( Cakera Padat- Baca sahaja ).
CD-ROM atau nama penuhnya compact disk read-only memory (ingatan baca sahaja cakera padat) ialah sejenis cakera padat yang menyimpan data yang boleh dibaca oleh komputer. Pada asasnya pemacu cakera padat boleh membaca data yang terkandung di dalam sesebuah cakera padat. Kini, dengan teknologi terbaru pemacu cakera padat bukan sahaja boleh membaca malah ia juga boleh merekodkan data ke dalam cakera padat melalui teknologi laser. Sebarang data baru tidak boleh dimasukkan kedalam cakera padat tersebut oleh pengguna.

Di awal teknologi penggunaan komputer, kebanyakan perisian komputer dipasarkan dalam bentuk cakera liut. Namun apabila wujudnya masalah di mana perisian komputer semakin rumit dan memerlukan ruang storan yang lebih besar, teknologi cakera liut tidak mampu menampungnya lagi. Cakera optik atau cakera padat mula diperkenalkan ke pasaran dan mendapat perhatian ramai.
Setiap format cakera memerlukan pemacu khas bagi membolehkan proses membaca atau menulis data dilaksanakan kepadanya. Pemacu ini juga mampu membaca data-data daripada CD-Audio dan CD- Video.
CD-ROM mampu menyimpan data antara 650 hingga 700 MB iaitu bersamaan dengan 300,000 muka surat bercetak yang penuh dengan teks. Ia merupakan komponen baca sahaja (Read Only Memory) dan diwakili oleh
“Drive E” pada sesebuah sistem komputer bergantung kepada sistem pengoperasian yang digunakan. Data ditulis kedalam CD-ROM menggunakan teknologi pancaran laser dan hampir sama dengan teknologi CD-Audio. CD-Audio mempunyai trek bagi audio sedangkan CD-ROM mampu membaca dan menyimpan data dalam bentuk teks, audio, grafik, video, animasi dan sebagainya. Kelajuan pemacu CD-ROM diukur berdasarkan kadar pemindahan datanya. Terdapat beberapa jenis CD-ROM dengan kelajuan 1X (150 Kbps), 2X (200 Kbps), 4X (600 Kbps), 10X (1500 Kbps), 52X (7800 Kbps) dan sebagainya di pasaran.

3.02) CD-R ( Cakera Padat- Boleh rakam ).
CD-R atau Compact Disk- Recordable juga dikenali sebagai cakera WORM atau Write Once Read Many. Ianya merupakan lanjutan dari teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data daripada 650 MB sehingga 800 MB. Berbading dengan CD-ROM yang hanya membenarkan proses membaca data dilakukan, CD-R sebaliknya membenarkan proses dua hala iaitu proses membaca dan juga proses menulis data dilakukan kepadanya.

Kelebihan CD-R yang utama ialah kebolehannya menyimpan data secara berulang kali sehingga mencapai maksima yang ditetapkan bagi sebuah cakera padat iaitu di antara 650 MB sehingga 800 MB. Walau bagaimanapun kelemahan CD-R pula ialah setiap data yang disimpan di dalamnya tidak boleh dipadamkan secara fizikal. Ianya juga memerlukan peralatan khas yang dikenali sebagai pemacu atau CD-Recordable drive bagi membolehkan proses merakam atau menyalin data dilaksanakan.

3.03) CD-RW ( Cakera Padat- Boleh Rakam Semula ).
CD- RW ( CD- Rewriteable ) dikenali sebagai CD Erasable (CD-E ). Ia merupakan salah satu penggunaan teknologi yang menangani kelemahan yang wujud pada CD-R. Penyimpanan data menerusi teknologi CD-RW ini hampir menyerupai penggunaan cakera keras iaitu data yang boleh disimpan dan juga boleh dipadamkan mengikut keperluan pengguna.
Ia juga boleh digunakan sebagai tujuan penyimpanan atau penyebaran perisian multimedia sebagaimana penggunaan CD-R. Walau bagaimanapun, ianya sering digunakan bagi menyimpan atau menyebar sesebuah aplikasi multimedia pada peringkat awal proses pembangunan atau semasa sesebuah aplikasi tersebut masih dalam peringkat prototaip. Pada peringkat tersebut, sesebuah aplikasi masih diperingkat awal dan mudah untuk diperbaiki, diperkemas dan diubahsuai. Penggunaaan CD-RW amat sesuai bagi keadaan tersebut. Ia juga memerlukan peralatan khas yang dikenali sebagai alat pemacu atau perakam cakera padat boleh rakam semula atau CD-Rewriteable bagi membolehkan proses merakam, menyalin serta memadamkan data dilaksanakan.

CD-RW

3.04) DVD ( Digital Versatile Disk )
Pada asalnya DVD merujuk kepada Digital Video Disk dan kemudiannya diganti kepada Digital Versatile Disk. Ini kerana teknologinya tidak lagi tertumpu hanya kepada video, sebaliknya ia lebih serbaguna ( versatile ) dan mampu menyimpan data dalam pelbagai bentuk.
DVD mula berada dipasaran pada pertengahan tahun 1996, tetapi mula mendapat perhatian pengguna pada hujung tahun 1997 dan sehingga kini ianya semakin meluas digunakan terutamanya dalam industri hiburan. Teknologi DVD kini dilihat sebagai pengganti CD-ROM. Selain itu DVD juga bakal menggantikan teknologi VHS dan cakera laser dalam pengeluaran video digital atau filem kerana kualiti gambar video dari DVD adalah lebih pantas, jelas dan bermutu tinggi.
Kelebihan DVD berbanding dengan teknologi cakera optik yang lain ( CD-ROM misalnya ) adalah muatan atau simpanan datanya berkali-kali ganda lebih besar daripada CD-ROM. Setiap cakera DVD mampu menyimpan data diantara 4.7 GB sehingga 17 GB. Kadar pemindahan datanya pula selaju 660 KBps sehingga 1.3 MBps iaitu berkali-kali ganda lebih pantas daripada pemacu CD-ROM.

3.05) PEMACU CAKERA PADAT.
Setiap cakera padat yang digunakan memerlukan pemacu cakera padat yang tersendiri. Pemacu CD- ROM boleh digunakan untuk membaca data dari mana-mana cakera padat yang utama seperti CD-ROM, CD-R, ataupun CD-RW. Bagi tujuan menyalin atau memadamkan data dari CD-R atau CD-RW, [pemacu cakera padat CD-R atau CD-RW diperlukan.
Pemacu cakera padat diukur berdasarkan kepantasannya memindahkan data dari cakera ke sistem komputer dan juga sebaliknya. Kepantasan asas bagi sesebuah pemacu cakera padat adalah pada 150 KB per saat. (KBps ). Pemacu dengan kepantasan dasar ini dinamakan ” single speed ”. Pemacu cakera padat dengan kepantasan double speed pula merujuk kepada pemacu yang berupaya memindahkan data dengan kepantasan 300 KBps., iaitu dua kali ganda kepantasan pemacu asal. Maka pemacu ini dinamakan pemacu cakera padat 2x. Perkembangan teknologi yang terus berkembang memperlihatkan kepantasan sebuah pemacu cakera padat membaca data dari cakera padat terus meningkat.
Pemacu CD-R pula digunakan bagi tujuan merakamkan data ke dalam cakera padat jenis CD-R. Pemacu CD-RW pula boleh digunakan bagi tujuan merakamkan data ke dalam cakera padat jenis CD-R dan CD-RW. Ianya juga boleh digunakan sebagai memadamkan data yang disimpan di dalam cakera padat jenis CD-RW. Kedua-dua pemacu cakera padat ini boleh juga digunakan untuk membaca data dari mana-mana CD-R, CD-RW, ataupun CD-ROM.

3.06) PERAKAM CAKERA PADAT ( CD-RECORDER )
Perakam cakera padat atau Compact Disk- Recordable ( CD-R ) juga dikenali sebagai cakera WORM atau Write Once Read Many. Ia merupakan lanjutan dari teknologi CD-ROM yang mampu menyimpan data dari 650-800 MB. Ia juga menggunakan pancaran laser sebagai kaedah penulisan data.
Berbanding dengan CD-ROM yang Cuma boleh dibaca, CD-R juga boleh dibaca dan boleh ditulis, namun ianya Cuma boleh ditulis sekali sahaja oleh pemacu khas yang dinamakan pemacu cakera boleh rakam ( CD- recordable drive ) sekeping cakera padat ini mampu menyimpan data 800 MB dan ini amat diperlukan dalam proses penyimpanan data sesebuah aplikasi multimedia.
CD-RW merupakan teknologi yang lahir bagi menangani kelemahan yang wujud pada CD-R. Penyimpanan data menerusi teknologi CD-RW hampir menyerupai penggunaan cakera keras yang mana data boleh disimpan dan dipadamkan mengikut keperluan pengguna. CD-RW boleh digunakan bagi tujuan penyimpanan atau penyebaran perisian multimedia sepertimana penggunaan CD-R.
Sepertimana CD-R, CD-RW juga memerlukan peralatan khas yang dikenali sebagai pemacu atau perakam cakera padat boleh rakam semula bagi membolehkan proses merakam, menyalin serta memadamkan data dilaksanakan. Selain dari itu teknologi DVD boleh rakam ( DVD-R dan DVD-RW) juga semakin popular.

4.0) Penutup .
Secara kesimpulannya, melalui kajian tentang jenis-jenis dan fungsi cakera padat ini, maka dapatlah dilihat bahawa cakera padat adalah salah satu peranti storan utama yang menyimpan data secara kekal. Teknologi multimedia khususnya yang melibatkan teknologi audio dan video berkembang seiring dengan perkembangan teknologi peralatan sistem komputer. Bagi membolehkan seseorang berkerja dengan elemen multimedia dengan lebih selesa, efektif dan kreatif sama ada dalam proses penghasilan grafik, penerbitan animasi, penyuntingan audio atau video dan sebagainya, pengetahuan tentang perkakasan komputer amatlah diperlukan. Ini adalah kerana, dapat memudahkan seseorang itu melakukan kerja dengan lebih teratur, bijak dan mempunyai penambahan intelektual yang tinggi mengenai perkakasan multimedia kini. Ia juga memastikan agar konsep sesuatu sistem teknologi dapat dikendalikan dengan lebih menarik dan beroperasi supaya dapat difahami dan dikuasai.

Si kaca Mata

Posted: September 11, 2013 in Uncategorized

1_585216780l.jpg“Apa cita-cita kmu seman ? soal cikgu hafifah yang mengajar matapelajaran bahasa melayu.

“Dia bercita-cita hendak jadi ultraman cikgu”…celah param pula..

gamat kelas itu seketika.

“Bukanlah param…dia mahu jadi mr.bean..hahahaha”..

cikgu bahasa melayu itu tidak dapat berbuat apa2 lagi…

kesian seman..dia sangat teristimewa dalam kelas itu..